Friday, November 23, 2012

YOUKOSO SUPO-TSU NO BUROGGU HE!!!

A’kum pesukan2 sekalian,

Cikgu ni tak minat menulis. Bercakap pun tak minat. Sebab dari kecik lagi saya suka kerja. Bagi cikgu  bercakap / menulis bukan kerja. Padahal bercakap / menulis pun mengabiskan tenaga. Malah ada je org yg buat duit dgn bercakap / menulis. Pada cikgu selagi belum keluar keringat jantan belum buat kerja la tu.

Masuk Tingkatan 4 cikgu belajar fizik dgn Mr Chong Mui Choon – dan dia bersetuju dgn pendapat saya. Selagi takde sesaran (s), maka berapa banyak daya (F) kamu letak pun, tak kerja la tu. Main bola ada sesaran? Ada. Main hoki ada sesaran? Ada. Bercakap? Takde. Menulis? Er…. Hehehe…. (alamak, ada pulak!)

Jadi walaupun org kata main bola dan main hoki tu  ialah kerja utk orang yg takde kerja, saya tak berapa setuju. Ada je orang yg dapat duit juta2 dengan main sukan. Sihat dapat, duit dapat. 

Ada orang kata main bola dan main hoki sampai lupa periksa dah dekat itu membuang masa. Cikgu tak berapa setuju juga. Beriadah itu perlu. Penting utk mengurangkan stres dan mengekalkan kestabilan sistem tubuh. Ada orang berhenti makan dan berhenti pergi ke jamban semata-mata kerana periksa dah dekat? Takde kan…. Samalah tu.

Okeylah. Saya mewujudkan blog ini sebagai usaha kedua untuk mewar2kan aktiviti kelab sukan dan permainan sekolah. Pesukan-pesukan kita sebenarnya sangat hebat, cuma kurang publisiti. Orang tak tahu yang peragbi kita hebat. Pesofbol kita main sampai ke peringkat kebangsaan. Pebotam perempuan kita hampir ada di setiap pasukan universiti. Pebotam lelaki kita main sampai ke Cairo. Pehoki kita masuk kejohanan terbuka di merata2 tempat, dan lain2 yang tak dapat disebutkan kesemuanya di sini.

Ada satu masalah. Saya tak berapa minat menulis dan tak punya banyak masa utk berblog. Jadi saya perlukan bantuan utk mengadminkan blog ini. Kepada anak2 yg sudi utk berkongsi maklumat dan nak jaga blog dipersilakan utk pm saya. Mesej kat hp pun bole.....

Hari Ahad ni ada Larian Hijrah di Masjid Negara. Cikgu Azrie ada bawa team ke sana. Kita tunggu keputusannya....

Kitalah pesukan!
NUKILAN: CIKGU KO!

No comments:

Post a Comment