Sunday, November 25, 2012

Larian Hijrah 2012

Orang dah cuti la wey....

Tapi takkan nak duduk rumah aje?

Duduk rumah aje la. Main game. Tidur. Susah apa?

Tapi nanti buka sekolah dah mula MSSD. Takkan tak buat apa2. Nanti longeh, tak larat nak main lagi dah.

Ala.... Tak payah la fikir penat2. Tahun depan baru fikir. Tak pun cikgu kan ada. Tahu la cikgu nak train kita balik.


Tahun depan baru fikir? Cikgu nak train kita balik?

Juara tak fikir last minute. Juara tak bergantung kepada cikgu 100%. Juara ada jadual. Tak tunggu ada kejohanan baru turun berlatih. Juara akan cari kejohanan. Juara sentiasa bertanding dengan orang yg lebih handal utk dapatkan pengalaman2 baru dan belajar taktik2 baru.

Adakah anda mempunyai sikap sebagai seorang juara?




Sekalung penghargaan kepada Cikgu Azrie. Syabas kepada pesukan-pesukan di atas. Untuk pengetahuan semua, Hafiy (yang pakai kalung tu) dapat no 17 utk kategori sekolah. Memang pencapaian yg amat membanggakan.

Syabas Pesukan!

Friday, November 23, 2012

YOUKOSO SUPO-TSU NO BUROGGU HE!!!

A’kum pesukan2 sekalian,

Cikgu ni tak minat menulis. Bercakap pun tak minat. Sebab dari kecik lagi saya suka kerja. Bagi cikgu  bercakap / menulis bukan kerja. Padahal bercakap / menulis pun mengabiskan tenaga. Malah ada je org yg buat duit dgn bercakap / menulis. Pada cikgu selagi belum keluar keringat jantan belum buat kerja la tu.

Masuk Tingkatan 4 cikgu belajar fizik dgn Mr Chong Mui Choon – dan dia bersetuju dgn pendapat saya. Selagi takde sesaran (s), maka berapa banyak daya (F) kamu letak pun, tak kerja la tu. Main bola ada sesaran? Ada. Main hoki ada sesaran? Ada. Bercakap? Takde. Menulis? Er…. Hehehe…. (alamak, ada pulak!)

Jadi walaupun org kata main bola dan main hoki tu  ialah kerja utk orang yg takde kerja, saya tak berapa setuju. Ada je orang yg dapat duit juta2 dengan main sukan. Sihat dapat, duit dapat. 

Ada orang kata main bola dan main hoki sampai lupa periksa dah dekat itu membuang masa. Cikgu tak berapa setuju juga. Beriadah itu perlu. Penting utk mengurangkan stres dan mengekalkan kestabilan sistem tubuh. Ada orang berhenti makan dan berhenti pergi ke jamban semata-mata kerana periksa dah dekat? Takde kan…. Samalah tu.

Okeylah. Saya mewujudkan blog ini sebagai usaha kedua untuk mewar2kan aktiviti kelab sukan dan permainan sekolah. Pesukan-pesukan kita sebenarnya sangat hebat, cuma kurang publisiti. Orang tak tahu yang peragbi kita hebat. Pesofbol kita main sampai ke peringkat kebangsaan. Pebotam perempuan kita hampir ada di setiap pasukan universiti. Pebotam lelaki kita main sampai ke Cairo. Pehoki kita masuk kejohanan terbuka di merata2 tempat, dan lain2 yang tak dapat disebutkan kesemuanya di sini.

Ada satu masalah. Saya tak berapa minat menulis dan tak punya banyak masa utk berblog. Jadi saya perlukan bantuan utk mengadminkan blog ini. Kepada anak2 yg sudi utk berkongsi maklumat dan nak jaga blog dipersilakan utk pm saya. Mesej kat hp pun bole.....

Hari Ahad ni ada Larian Hijrah di Masjid Negara. Cikgu Azrie ada bawa team ke sana. Kita tunggu keputusannya....

Kitalah pesukan!
NUKILAN: CIKGU KO!

Saturday, November 10, 2012

Perancangan Aktiviti utk Perjumpaan Kelab Sukan & Permainan sesi 2013



Perancangan Aktiviti utk Perjumpaan Kelab Sukan & Permainan sesi 2013

Nama Kelab: _________________
Pengerusi Kelab: __________________________ Kelas: _________

Perjumpaan
Aktiviti
Tempat perjumpaan
1



2



3



4



5



6



7



8



9



10



11



12
Mesyuarat Agong (Pelantikan AJK baru)

Kelas yang akan ditetapkan

Jadual Kejohanan MSSD Sabak Bernam 2013


Bil

Tarikh
Sukan / Permainan
Tempat
Peringkat
1
31 / 1 /2013
Merentas Desa
SMK Munshi Abdullah
L15 P15
L18 P18
2
4-6/2/2013
Catur
SAM Tengku Ampuan Jemaah
L15 P15
L18 P18
3
6-7/2/2013
Ragbi
SBPI Sabak Bernam

L18
4
6-7/2/2013
Kriket
SBPI Sabak Bernam

L18
5
6-7/2/2013
Memanah
SAM Sg Hj Dorani
L15 P15
L18 P18
6
6-8/2/2013
Ping Pong
SAM Parit Baharu
L15 P15
L18 P18
7
5-7/3/2013
Sofbol
SMK Dato’ Mustafa

L18 P18
8
6/3/2013
Boling Tenpin
SAM Muhammadiah,
Batu 1
L15 P15
L18 P18
9
11-12/3/2013
Hoki
SMKA Simpang 5

L18 P18
10
13-15/3/2013
Bola Jaring
SAM Bagan Terap
       P15
       P18
11
18-21/3/2013
Padang & Balapan
SMK Tunku Abdul Rahman Putra
L14 P14
L15 P15
L18 P18
12
8-9/4/2013
Bola Tampar
SMK Bagan Terap
L15 P15
L18 P18
13
15-17/4/2013
Bola Sepak
SMK Sg Besar
L15
L18
14
17-18/4/2013
Badminton
SMK Ungku Aziz
L15 P15
L18 P18
15
24-25/4/2013
Bola Keranjang
SMJK Yoke Kuan
L15 P15
L18 P18